Categories
Laporan

Pengumuman | Pelaburan Ubi Kayu

Pengumuman | Pelaburan Ubi Kayu

16

Pelaburan Ubi Kayu akan berkurangan kepada 18% pada 1 Ogos

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

Categories
Laporan

Pengumuman | Pelaburan Saham

Pengumuman | Pelaburan Saham

Pelaburan Saham, Kosmas tidak lagi memberi bonus saham bermula pada 1 Julai, kami akan tukar kepada Air Purifier.

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

Categories
Produk

Product | Electronic Jack (KZ)

Produk | KZ's Electronic Jack

2

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

Categories
Aktiviti

Aktiviti | KOSMAS Speech

Laporan | Perbincangan KOSMAS

Mini mesyuarat bersama kakitangan KOSMAS.

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

Categories
Aktiviti

Laporan | Hasil Tanaman Ubi Kayu

Laporan | Hasil Tanaman Ubi Kayu

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua. Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu. Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya. Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

Categories
Aktiviti

Aktiviti | Lawatan Kilang Palm Fiber

Aktiviti: Lawat Kilang Palm Fiber di Raub, Pahang.

Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS), Dato Syeikh Wan Kamaruddin b.wan Yahya telah mengadakan lawatan rasmi ke kilang Fortis Green Resources Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah kilang Palm Fiber terkukuh di Malaysia. Ini merupakan kunjungan pertama beliau sejak memegang jawatan Presiden KOSMAS.

Beliau disambut mesra oleh pengurus besar kilang, Evan Boon dan penolong pengurus, Tan Ooi Leong. Kedua-duanya mempunyai pengalaman lama dalam perindustrian Palm Fiber.

Antara yang menarik perhatian beliau ialah cara prosesan buah tandan kosong yang di tapis, stim, kering, bersih dan di kompres setelah dingin. Ini secara tidak langsung mampu memberi kefahaman terhadap produk Palm Fibre yang akan di hantar ke industri: perabotan, pembangunan, automotif, pertanian dan kitar semula.

Turut sama dalam pertemuan ini Timbalan Presiden KOSMAS, Professor Haji Ahmad Musa So, Pengarah PMC, Wesley Chia dan Barry fong.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan pemprosesan kilang Palm Fibre di samping berkongsi pandangan mengenai pasaran produk Palm Fibre.

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

Categories
Aktiviti

Aktiviti | Lawatan ke Ladang Ubi Kayu

Aktiviti: Lawatan ke Ladang Ubi Kayu

Pengerusi Petanian (EMIG Worldwide Sdn Bhd), Dato’ Mohd Sebri Mamat membuat lawatan ke ladang ubi kayu beliau yang seluas 200 ekar tanah. Beliau telah mengusahakan ladang ubi kayu semenjak 30 Jun 2009. Lawatan ini bertujuan melihat hasil prosesan tanaman Ubi kayu yang akan di hantar ke pengedar/pemborong untuk di jadikan kerepek.

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

Categories
Produk

Produk | Windscreen Cleaner- Keluaran KOSMAS 2019

Windscreen Cleaner: Produk Terbaharu Keluaran KOSMAS

Produk Windscreen Cleaner adalah pembersih cermin kereta yang menjadikan tingkap bersih berkilat tanpa coretan dan yang paling penting memastikan kelihatan yang jelas dan selamat di jalan raya. Ia menghilangkan kotoran pada tingkap luar dan membasmi kotoran debu dan nikotin di bahagian dalam.

Mempunyai cermin depan yang bersih dan cerah adalah sangat berfaedah bukan sahaja untuk sifat estetik kereta anda, tetapi juga untuk memudahkan tontonan dari dalam kenderaan, menjadikan kebersihan kaca cermin anda sangat penting untuk keselamatan anda dan penumpang anda.

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

Categories
Produk

Produk | Kosmas 5W – 40 API SN/CF – Keluaran KOSMAS 2019

Kosmas 5W - 40 API SN/CF: Produk Minyak Pelincir Keluaran Baru KOSMAS

Kosmas 5W-40 API SN/CF adalah minyak enjin sintetik penuh yang menyediakan perlindungan haus cemerlang dalam enjin prestasi tinggi yang direka untuk berjalan pada tahap optimum mereka pada minyak kelikatan yang lebih rendah. Kosmas 5W-40 API SN/CF harus digunakan dalam enjin yang mana kecekapan dan perlindungan maksimum dituntut.

Kosmas 5W-40 API SN/CF telah diformulasikan untuk kenderaan prestasi di kedua-dua petrol dan diesel seperti kenderaan komersil ringan, secara semulajadi dicetuskan atau turbocharged.

 

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

Categories
Aktiviti

Aktiviti | Anggota Rombongan KOSMAS Lawat Kilang Palm Fiber

Anggota Rombongan KOSMAS Lawat Kilang Palm Fiber

Anggota Rombongan KOSMAS tiba di perkarangan kilang Fortis Green Resources Sdn  Bhd pada pukul 11.00 pagi di Raub, Pahang. Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh pengurus besar kilang, Evan Boon dan penolong pengurus, Tan Ooi Leong. Encik Evan memberi taklimat ringkas tentang pameran dan peraturan kilang sebelum membawa mereka melawat ke dalam kilang tersebut. Encik Evan memberi penerangan kepada mereka tentang pameran peralatan dan mesin seperti penapis penguraian, Hammer Mill dan juga pemprosesan stim, pengeringan, pembersihan, pendingin, kompreser dan pembungkusan palm fiber. Menurut Encik Evan produk palm fiber yang di kompres akan di hantar ke lima industri utama iaitu: Kilang perabot, pembangunan, automotif, industri pertanian dan kilang kitar semula. Antara negara yang mengimport produk palm fiber adalah Thailand, Vietnam, China, Korea Selatan dan Jepun. Mereka telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dari proses pengumpulan buah tandan kosong sehinggalah proses pembungkusan palm fibre yang merupakan produk utama kilang tersebut.

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)