Menu

Soalan Lazim

Keanggotaan

Soalan Lazim - Keanggotaan

1. Berapa lama tempoh kad keahlian KOSMAS boleh digunakan?

Kad keahlian hanya boleh digunakan atau sah hanya untuk 1 tahun bermula dari tarikh pendaftaran.

 

2. Adakah saya dikehendaki untuk menunjukkan kad keahlian terlebih dahulu kepada KOSMAS sebelum menggunakannya?

Ya. Anda dikehendaki untuk menunjukkan kad keahlian terlebih dahulu sebelum menggunakan kelebihan kad tersebut.

3. Adakah kad keahlian KOSMAS boleh ditukar dan dipindah milik?

Tidak. Kad keahlian KOSMAS tidak boleh ditukar dan dipindah milik.

4. Di manakah saya boleh menggunakan kad keahlian KOSMAS?

Kad keahlian KOSMAS hanya sah di KOSMAS dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya.

 

5. Bagaimana jika kad keahlian KOSMAS saya dicuri, hilang atau mengalami kerosakkan?

KOSMAS tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakkan, atau pencurian terhadap kad keahlian tersebut.

 

6. Bagaimana jika kad keahlian dicuri, hilang atau rosak ? Adakah saya boleh membuat permohonan untuk kad keahlian yang baru?

Boleh. Permohonan kad keahlian yang baru akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00. Anda boleh memohon kad keahlian yang baru di syarikat KOSMAS.

7. Adakah kad keahlian KOSMAS akan diterima jika mempunyai butir-butir penipuan dan penyalahgunaan kad tersebut?

Kad keahlian KOSMAS tidak akan diterima jika disyaki mempunyai sebarang penipuan atau penyalahgunaan kad tersebut.

 

8. Bagimana saya boleh menghubungi KOSMAS jika saya mempunyai pertanyaan tentang kad keahlian KOSMAS?

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kad keahlian KOSMAS dengan menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan & Ejen di alamat dan nombor telefon di bawah.

9. Adakah kad keahlian KOSMAS mempunyai perubahan pada keistimewaan kad dan terma & syarat?

KOSMAS berhak untuk mengubah keistimewaan kad dan terma & syarat kad tersebut tanpa memberitahu pemilik kad.

 

10. Bagaimana saya boleh melayari butiran lanjut tentang kad keahlian KOSMAS?

Untuk butiran lebih lanjut, anda boleh melayari laman web KOSMAS di www.kosmasmalaysia.com

 

Jabatan Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan
Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad
No.52-1, The Trillium, Jalan Tasik Utama 5,
Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-90554474
Emel: admin@kosmasmalaysia.com

Berita Terkini