Menu

Polisi Privasi dan Penafian

Penafian

Setiap maklumat yang terkandung di laman web Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan. Maklumat untuk dimuat turun adalah dijamin bebas dari sebarang virus. Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan sebarang virus.

Polisi privasi

Menjaga privasi anggota dan pelanggan merupakan salah satu keutmaaan yang penting bagi Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS). Oleh yang demikian, KOSMAS sangat komited dalam memastikan privasi data peribadi yang telah diberikan atau sedang digunapakai atau diselenggara oleh KOSMAS dipelihara dan dilindungi setiap masa. Polisi privasi ini menerangkan bagaimana KOSMAS mengguna, memproses dan melindungi data peribadi atau maklumat yang telah anda berikan kepada KOSMAS.

1. Pengumpulan Maklumat

• Kami mengumpul maklumat daripada anda melalui pelbagai saluran dan sumber termasuklah semasa anda mendaftar sebagai ahli KOSMAS, semasa anda melawat laman web kami, semasa anda melanggan produk kami, menggunakan perkhidmatan kami dan melalui sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang.

• Maklumat yang dikumpul oleh kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:
Nama, nombor kad pengenalan, nombor personel, jawatan, nombor telefon, alamat rasmi, alamat tempat bertugas, umur, jantina, tarikh lahir, bangsa, agama, alamat emel, pekerjaan, maklumat penama/waris dan maklumat kewangan anda.

• Maklumat peribadi yang dikemukakan oleh anda bagi tujuan untuk mendapatkan pekerjaan di KOSMAS termasuk maklumat pendidikan.

• Maklumat yang diambil daripada dokumentasi pembiayaan dan dokumen-dokumen lain yang bersabit dengan perkhidmatan keanggotaan KOSMAS.

• Maklumat peribadi yang dikemukakan oleh anda sekiranya anda mengambil bahagian dalam kaji selidik atau pertandingan yang dijalankan oleh KOSMAS. Sebarang maklum balas, aduan atau mesej yang dihantar melalui emel, faks atau pos termasuk maklumat peribadi seperti nama, emel, alamat dan nombor telefon.

2. Penggunaan Maklumat

• Maklumat yang kami kumpul dan perolehi akan digunakan untuk urusan perniagaan dan perkhidmatan KOSMAS seperti berikut:
• Menyediakan produk dan perkhidmatan koperasi untuk anda.
• Memenuhi keperluan undang-undang.
• Urusan berkaitan perkhidmatan keanggotaan.
• Penyelenggaraan pengkalan data.
• Pembaharuan dan tuntutan takaful.
• Pembayaran dividen dan hibah.
• Tujuan kewangan dan perakaunan.
• Memproses permohonan pembiayaan, pembelian barangan, produk atau perkhidmatan.
• Untuk tujuan penyelidikan, statistic dan rekod.
• Pemadanan data peribadi dari masa ke semasa.
• Komunikasi dengan anda berkenaan berita, perkhidmatan dan produk. Termasuk untuk menjawap pertanyaan daripada anda.
• Maklumat anda juga boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan, untuk mencegah berlakunya penipuan, untuk mengiklan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak dan minat anda.
• Adalah menjadi satu kewajiban kepada anda untuk memberikan data peribadi kepada kami kerana kami memerlukan data peribadi tersebut. Jika anda tidak memberikan dan tidak membenarkan data peribadi anda digunakan bagi tujuan-tujuan yang telah dinyatakan, ia boleh menghalang dan menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai tujuan-tujuan diatas dan boleh menyebabkan langganan produk atau perkhidmatan dan perkhidmatan keanggotaan akan terjejas.

3. Penzahiran maklumat

Anda beraku janji, mengakui dan bersetuju bahawa KOSMAS boleh:-

• Mengumpul, menyimpan, memproses dan menggunakan data peribadi anda mengikut polisi privasi ini.
KOSMAS dibenarkan untuk berkongsi maklumat anda di kalangan kumpulan syarikat, ejen dan pembekal perkhidmatan yang diberi kuasa (yang telah bersetuju untuk menyimpan maklumat secara sulit) dalam menjalankan perniagaan kami.
KOSMAS boleh menzahirkan maklumat anda kepada pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data, peguam atau egensi pemungut hutang atau agensi rujukan kredit yang mana telah beraku janji melindungi dan memastikan maklumat anda dirahsiakan.
KOSMAS juga mungkin akan menzahirkan maklumat anda jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau secara niat baik, jika tindakan tersebut adalah perlu bagi
• Mematuhi kehendak mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang atau
• Melindungi dan mempertahankan hak atau harta KOSMAS, pekerjanya dan syarikat-syarikat berkaitannya.
• Jika anda enggan nama anda dan butir-butir yang berkaitan digunakan oleh kami atau pembekal perkhidmatan kami bagi tujuan penghantaran apa-apa bahan pemasaran atau anda enggan dihubungi oleh kami bagi apa-apa penjualan dan promosi sebarang produk atau perkhidmatan melalui apa-apa medium penghantaran, sila maklum pada kami melalui e-mel  atau boleh menulis surat kepada alamat dibawah:

Jabatan Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan
Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad
No.52-2, The Trillium, Jalan Tasik Utama 5,
Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur

Emel: admin@kosmasmalaysia.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian +603 – 9055 4474

4. Keselamatan maklumat

KOSMAS komited untuk memastikan maklumat anda dilindungi. Kami mempunyai Prosedur pentadbiran yang bersesuaian untuk melindungi maklumat anda daripada hilang, disalahgunakan atau diubah.
• Kami sedaya upaya akan memastikan semua privasi maklumat disimpan dengan selamat. Walaubagaimanapun kami tidak menjamin maklumat anda tidak akan didedahkan dalam cara yang tidak konsisten dengan Polisi Privasi ini disebabkan oleh perbuatan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang oleh pihak ketiga.

5. Penyimpanan Maklumat

• Maklumat anda akan disimpan di dalam ‘server’ dan di tempat penyimpanan yang sesuai yang disediakan oleh kami. Salinan asal maklumat anda akan disimpan didalam fail peribadi anggota atau fail lain yang berkaitan dan disimpan ditempat yang bersesuaian.

• Tempoh penyimpanan maklumat anda adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis dokumen dan disimpan mengikut polisi dan prosedur penyimpanan rekod kami.

6. Ketepatan dan akses kepada maklumat

• Kami mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan maklumat anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
• Sebagai anggota KOSMAS anda berhak untuk mengakses data peribadi anda yang disimpan oleh kami dan boleh membuat permintaan untuk mengemaskini dan pembetulan.

Mengemaskini dan pembetulan maklumat anda perlu dibuat secara bertulis atau menggunakan borang-borang tertentu yang disediakan oleh kami dihantar kepada:

Jabatan Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan
Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad
No.52-2, The Trillium, Jalan Tasik Utama 5,
Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur

Emel: admin@kosmasmalaysia.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian +603 – 9055 4474

7. Pindaan Polisi Privasi

• Kami berhak membuat perubahan kepada Polisi Privasi dan perubahan tersebut akan dimaklumkan dengan sewajarnya. Penggunaan berterusan perkhidmatan dan laman web KOSMAS oleh anda dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pindaan Polisi Privasi.