Menu

Tentang Kami

Perutusan Pengerusi

Perutusan Pengerusi KOSMAS DS Syeikh Wan Kamaruddin b.wan Yahya

Alhamdulillah syukur, ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan mentadbir sekalian alam di atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada semua warga Koperasi KOSMAS sehingga berjayanya melancarkan sebuah portal yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.
KOSMAS komited untuk menjadi sebuah pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul di masa hadapan. Dengan objektif yang telah dibentuk, KOSMAS mampu melahirkan lebih ramai warga koperasi dan usahawan yang terlatih, kompeten dan dinamik. Kecemerlangan latihan dan pendidikan koperasi akan dapat direalisasikan melalui rangkaian rakan niaga strategik unggul KOSMAS.

KOSMAS akan mengubah landskap dalam latihan dan pendidikan koperasi yang akan memberi fokus kepada pembudayaan bidang keusahawanan dalam koperasi, infrastruktur yang lebih kondusif, identiti serta imej yang mantap dan penyampaian maklumat yang lebih efektif kepada semua pihak.

Bagi memberi impak maklumat yang konsisten dan berkesan, KOSMAS akan sentiasa menambahbaik portal dengan pelbagai maklumat terkini, rekabentuk yang lebih menarik dan mudah untuk dilayari serta mesra pelanggan.

Portal KOSMAS akan berfungsi sebagai platform utama bagi memberikan pelbagai maklumat kepada warga koperasi dan usahawan di dalam negara. KOSMAS akan berusaha meningkatkan keberkesanan portal untuk penyebaran dan perkongsian maklumat khususnya berkaitan program latihan dan bimbingan. Dengan itu, KOSMAS mengalu-alukan orang ramai untuk melayari portal KOSMAS dan mengemukakan sebarang idea, pandangan dan maklum balas bagi memantapkan lagi kandungan portal ini untuk manfaat semua pihak.
Sebagai Pengerusi, saya amat bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini dan seterusnya saya akan berusaha untuk membawa gerakan koperasi ke tahap yang lebih cemerlang sejajar dengan aspirasi kami untuk menjadikan KOSMAS sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negara dan sekaligus menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.
Akhir kata, saya berharap portal KOSMAS akan menjadi sumber maklumat utama berkaitan latihan dan pendidikan bagi melahirkan warga koperasi dan usahawan yang cemerlang dalam gerakan koperasi dan keusahawanan. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga KOSMAS dan gerakan koperasi akan terus cemerlang dan meraih kejayaan pada tahun ini dan akan datang.

Sekian, terima kasih.

DS Syeikh Wan Kamaruddin b.wan Yahya
Presiden KOSMAS

Berita Terkini