• admin@kosmasmalaysia.com
  • ( 03 ) 8685 5108
  • admin@kosmasmalaysia.com
  • ( 03 ) 8685 5108

Keahlian

Keahlian

Permohonan Menjadi Anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat di dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiasusaha Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

Tiap – tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM100.00 (Ringgit: satu ratus). Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya dttolak oleh Lembaga.

Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota dikenakan fi masuk sebanyak RM100 (Ringgit: satu ratus )

Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu tidak dikenakan fi masuk.

Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi. 

Modal Syer

Menurut perenggan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan RM500.00 (Ringgit: lima ratus) syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang dinyatakan menurut fasal (2). Syer minimum ini tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat.

Tempoh menjelaskan syer minimum menurut fasal (1) adalah sebagaimana berikut.

  • seseorang yang turut sama di dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini atau yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi hendaklah menjelaskan syernya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perakuan pendaftaran diterima oleh Koperasi; dan
  • seseorang yang diterima menjadi anggota menurut undang­ undang kecil 15 hendaklah menjelaskan syernya dalarn tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaannya sebagai

Syarat Keahlian

  • Warganegara Malaysia tanpa mengira kaum atau bangsa.
  • Telah mencapai umur lapan belas tahun.
  • Berfikiran waras
  • Tidak pernah terbabit dengan kesalahan yang didaftarkan di bawah “Registration of Criminals and Undisireable Persons Act, 1969″.

 Bayaran Pendaftaran

 

  • Tiap- tiap permohonan menjadi ahli hendaklah disertakan dengan bayaran pendaftraran sebanyak RM250.00 sahaja. Bayaran Pendaftaran akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Anggota Lembaga Koperasi.
  • Permohonan menjadi ahli akan dipertimbangkan oleh Anggota Lembaga Koperasi dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebab-sebabnya.

Lokasi

Alamat : Unit D-02-01 & D-02-02 , Level 2,
The Place, Jalan Teknorat 1/1, 63000
Cyberjaya, Selangor.
E – mel : admin@kosmasmalaysia.com
No. Tel : ( 03 ) 8685 5112
No. Tel : ( 03 ) 8685 5108

Hubungi Kami

Koperasi Sepakat Maju Sejahtera (KL) Berhad

Welcome to KOSMAS
ms_MYBahasa Melayu
en_USEnglish ms_MYBahasa Melayu
×