Welcome to KOSMAS
Koperasi Sepakat Maju Sejahtera (KL) Berhad
Aktiviti | Lawatan Kilang Palm Fiber

Aktiviti | Lawatan Kilang Palm Fiber

Menu

Aktiviti: Lawat Kilang Palm Fiber di Raub, Pahang.

Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS), Dato Syeikh Wan Kamaruddin b.wan Yahya telah mengadakan lawatan rasmi ke kilang Fortis Green Resources Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah kilang Palm Fiber terkukuh di Malaysia. Ini merupakan kunjungan pertama beliau sejak memegang jawatan Presiden KOSMAS.

Beliau disambut mesra oleh pengurus besar kilang, Evan Boon dan penolong pengurus, Tan Ooi Leong. Kedua-duanya mempunyai pengalaman lama dalam perindustrian Palm Fiber.

Antara yang menarik perhatian beliau ialah cara prosesan buah tandan kosong yang di tapis, stim, kering, bersih dan di kompres setelah dingin. Ini secara tidak langsung mampu memberi kefahaman terhadap produk Palm Fibre yang akan di hantar ke industri: perabotan, pembangunan, automotif, pertanian dan kitar semula.

Turut sama dalam pertemuan ini Timbalan Presiden KOSMAS, Professor Haji Ahmad Musa So, Pengarah PMC, Wesley Chia dan Barry fong.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan pemprosesan kilang Palm Fibre di samping berkongsi pandangan mengenai pasaran produk Palm Fibre.

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)

Close Menu
×