Menu

Anggota Rombongan KOSMAS Lawat Kilang Palm Fiber

Tarikh:
Januari 9, 2019
Anggota Rombongan KOSMAS tiba di perkarangan kilang Fortis Green Resources Sdn  Bhd pada pukul 11.00 pagi di Raub, Pahang. Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh pengurus besar kilang, Evan Boon dan penolong pengurus, Tan Ooi Leong. Encik Evan memberi taklimat ringkas tentang pameran dan peraturan kilang sebelum membawa mereka melawat ke dalam kilang tersebut. Encik Evan memberi penerangan kepada mereka tentang pameran peralatan dan mesin seperti penapis penguraian, Hammer Mill dan juga pemprosesan stim, pengeringan, pembersihan, pendingin, kompreser dan pembungkusan palm fiber. Menurut Encik Evan produk palm fiber yang di kompres akan di hantar ke lima industri utama iaitu: Kilang perabot, pembangunan, automotif, industri pertanian dan kilang kitar semula. Antara negara yang mengimport produk palm fiber adalah Thailand, Vietnam, China, Korea Selatan dan Jepun. Mereka telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dari proses pengumpulan buah tandan kosong sehinggalah proses pembungkusan palm fibre yang merupakan produk utama kilang tersebut.

© Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad (KOSMAS)