Welcome to KOSMAS
Koperasi Sepakat Maju Sejahtera (KL) Berhad
Menu

Keanggotaan

Manfaat keanggotaan

Manfaat Keanggotaan

KOSMAS diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi bantuan kewangan, khidmat nasihat, peluang niaga serta pembiayaan dalam usaha meningkatkan lagi daya usaha dan produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera.

Anggota hendaklah menghantar borang permohonan untuk menjadi anggota Kop KOSMAS dan memastikan borang diisi dengan lengkap dan sempurna beserta dengan salinan penyata gaji bulan terakhir sebelum permohonan dan salinan kad pengenalan.

Kosmas 5W - 40 API SN/CF
Windscreen Cleaner

Faedah Menjadi Anggota KOSMAS:

  • PERKONGSIAN KEUNTUNGAN tahunan dalam bentuk dividen.
  • Menerima pakej produk-produk penjagaan kereta secara PERCUMA yang bernilai lebih dari RM399.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan Koperasi.
  • Memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh rakan-rakan niaga strategik KOSMAS.
  • Mendapatkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh KOSMAS seperti:-
    • Minyak Enjin atau Minyak Esensial
    • Wind Screen Cleaner
    • Oil Power Save fuel
    • Kad Keahlian

Syarat Keanggotaan

  • Warganegara Malaysia tanpa mengira kaum atau bangsa.
  • Telah mencapai umur lapan belas tahun.
  • Berfikiran waras.
  • Tidak pernah terbabit dengan kesalahan yang didaftarkan di bawah “Registration of Criminals and Undisireable Persons Act, 1969″.

Bayaran Keanggotaan

Yuran Masuk:

  • Tiap- tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan yuran masuk sebanyak RM250.00 sahaja. Yuran masuk akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Anggota Lembaga Koperasi.
  • Permohonan menjadi anggota akan dipertimbangkan oleh Anggota Lembaga Koperasi dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebab-sebabnya.

3 Langkah Mudah untuk Memohon Keanggotaan KOSMAS:

  1. Lengkapkan borang permohonan keahlian – Muat Turun Borang permohonan anggota KOSMAS di bawah dan hantarkan kepada admin@kosmasmalaysia.com 
  2. Kembalikan borang semula kepada pejabat KOSMAS sama ada melalui:
    Pos/hantar ke Pejabat KOSMAS di :-
    Jabatan Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan
    Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad
    No.52-2, The Trillium, Jalan Tasik Utama 5,
    Medan Niaga Tasik Damai,Sungai Besi,
    57100 Kuala Lumpur
    Telefon: 03-90554474
  3. Emel ke admin@kosmasmalaysia.com
    Pembayaran permohonan keanggotaan sebanyak RM 250. Yuran keanggotaan boleh dibayar tunai atau bank-in ke akaun berikut atas nama :
    (Bank) : (Account no)
    (Bukti pembayaran boleh diserahkan melalui emel atau whatsapp kepada (Whatsapp number)

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi keanggotaan. Klik disini untuk muat turun borang.

Hubungi kami di talian +603 – 9055 4474 atau layari laman web kami ke www.kosmasmalaysia.com.my untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat. 

Berita Terkini

Close Menu
ms_MYBahasa Melayu
en_USEnglish ms_MYBahasa Melayu
×